Monday, April 18, 2005

Salah HUtang

alamak td aku pcek hutang aku..so mmg betoi laa rm 707.50, aku suruh akak tu print aku nye legger..aku cek sekali ade 2 kali invois yang taip nilai yg same ..nape eh ? cuak aku ..nak tambah2 hutang aku plak..patut dlm rm 6++.50 je...nak kene ni..tanpe2 ko tunggu yer..tunggu kehadiran aku.. nak p sane..MARAH..!!!

Hutang..benci nye BEtoi

semalam abah tepon..marah2, dier kate ade surat sampai rumah ..SURAT HUTANG DARI UNITEN...adeh kene marah....hutang xde laa beribu2 hy rm707.50 jee...padahal aku mmg tau yg aku ade hutang tu..cume aku xde mase nak bayar dan kene tunggu hujung bulan baru laa nak bayar..(br laa de duit time tuh :P) ...lantak p laaa hutang tu..aku bukan ade subject nak register dah..ko nak blok, blok laaa aku x heran...wekkkkkkkkkn

Umah Org ISTIMEWA ? home SWEET HOme ??

erm..lupe lak aku cite pasal umah aku this sem..umah special sem aku laa ...aku dok umah bawah sekali..umah org cacat :( ..susah betoi...almari sume rendah 2..toilet besa giler..banyak pemegang besi sane sini...pintu xde penghalang..bile mandi air sume kuar.. :( abih basah ....
ape nak buat ..terima je laa...aku malas dah nak pindah2 lagi..penant seh angkut barang sane sini..aku gak yg kene angkut

COUNTRY HEIGHTS LIFESTYLE BERHAD

hhehe..lame nye x update , kate muni bz...huhu...masuk ari ni dah seminggu satu ari dah aku practical kat sini....bosan gak kat company ni(memulalaaa) pepagi lagi dah ty pasal uniten.....kerja aku simple and bole siap dgn cpt ..so bile dah siap aku buat, dah xde keje lagi..dok melangut laa aku...nasib ade arul ade gak teman nak bersembang.. kalu x, rase nak mati tahap bosan laaa aku..la ni aku tgh belaja dari software Sending SMS..name system ni BLAST SMS..simple dah mudah..just buat dari Excel export then SMS , cari name nak disendkan dan isi templete...
huh aku masuk keje kol 9 balik kol 5..tp ari sabtu keje ..separuh hari..member2 satu umah sabtu x keje...kene laa aku bgn sorang2 pg tuh.........
tension giler...!!!!!!!!!!!!!

http://www.countryheights.com.my/ === > tempat aku practical

Saturday, April 09, 2005

Pening..kepAla pUSING

huh..dah abih exam pon kepala pusing..tengkok pon same...pening...pening..pening

NEver Ever Say GOODbye To YesTerday

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya danjuga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan & cabaran yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargaikepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakankegagalan dan kekecewaan masa silam.Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

DonE.!!

    ari ni ..saat ini..aku dah abih kan sume subject tuk degree aku...yg tinggal sekarang hanya project dah practical...huh..terase lame giler aku belaja kat uniten ni..sian mak abah aku....gembira rase bile dah abih..member2 pon wish happy grad kat aku..pas exam td..kitorang salam2...rase sedey sangat ...iye laa...pas ni belum tentu bole jumpe ke x...arghhhhhhhhh rindu nya kat korang sume ... melangkah ke alam perkerjaan ? huh ?....