Thursday, December 27, 2007

Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008



masih terlalu awalkah ? untuk mengucapkan byebye 2007...
lebih baik daripada tak sempat kan?
yg penting di penghujung 2007 ade 1 peristiwa yg akan aku ingat sampai bile² :) hihi..apekah? owhh tentula SULIT buat mase ni..2007...rasanye terlalu banyak aku buat dosa..buat org marah, juga aku marah pada org, buat org benci, juga aku membenci org, rasa tidak puas hati, rasa dendam, rase geram...owh manusia apakah aku ini ? korang semua ? tak de ? eh ..macam tipu je ..manusia kan ? mesti la sifat/sikap macam ni ..

hmm..jika rasa dah terlajak jauh, tak salah kalu kite start dari mula...-->nape plak ni?

sekadar renungan..

KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

2008 harap datang dengan kejadian yg baik-baik saja..harap 2008 bakal menjadi kan kenangan terindah dalam hidup ku...harap..harap..ape lagi daa

p/s: besok munies dah mc (plan nk mc ni hihi), sabtu cuti, ahad cuti, isnin annual leave, selase cuti umum tahun baru 2008 (byk nye cuti..), rabu keje :(, kamis keje :(, jumaat keje :( huwaaaaaaaaaaa

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada


Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

mari dgr lagu sampai kembang taik telinge :D
macam mane la bole terpikir buat name kumpulan ni 'Hujan'..

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…

p/s : bila munies sudah tiada//apakah??

Wednesday, December 26, 2007

oh Saman!

dikala kepokaian ni kene saman la pulak..
terajin la pulak org DBKL ni
dah x sempat nk elak lagi
alih-alih kene RM100 :(

lunch tu jugak p DBKL buat rayuan la konon
lepas berdiskusi..dapat la deduce sampai RM50
hajat nk makan pizza petang ni terpakse di batal kan hukhuk

p/s: sedih x cite ni ?

Tuesday, December 18, 2007

Ayam oh Ayam

Lunch 1.30 pm

dia : makan dah ?
me : dah.
dia : makan ape ?
me : makan nasik ayam goreng kunyit
dia : asyik makan ayam je ye..
me : ye la ye la...lately, selera menjadi² la..
dia : tak pe la makan. kalu tak makan nnt sakit

nape ek aku...
1. malas bersenam
2. malas bersukan - xde masa la konun
3. tak ada aktiviti yg kuarkan peluh
4. makan tak jage mane protien, daging berlemak
5. diet tak menentu
6. makan malam after 8.00pm then tido
7. jalan sikit dah mula penat
8. aktiviti berkereta lebih byk berbanding aktiviti berjalan kaki
9. "asyik je makan ayam"
10. alahai omak! aku senang hati..makan je lo keje aku... :D

p/s: ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..hukhuk -.~

Thursday, December 13, 2007

Office Halimunan?

map

Penutupan Jalan



Nampak tapi tak dapat capai,
Dekat sangat, tapi macam jauh,
aiii, macam mane nk ke sane ni?,
tolong..tolong...sesat ke ? sesat dah...

---------------

CADANGAN MEMBINA JEJAMBAT JALAN HANG TUAH KE JALAN DEWAN BAHASA DI PERSIMPANGAN JALAN HANG TUAH / JALAN DEWAN BAHASA / JALAN MAHARAJALELA / JALAN LOKE YEW
Tarikh : 10 Disember 2007

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membina satu jejambat (overpass) 4 lorong dua hala menyambung Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa merentangi Persimpangan Jalan Dewan Bahasa / Jalan Hang Tuah / Jalan Loke Yew / Jalan Maharajalela.

Jejambat ini apabila siap kelak akan mewujudkan laluan berterusan bagi kenderaan dari Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Hang Tuah dan sebaliknya tanpa melalui persimpangan berlampu isyarat Jalan Hang Tuah / Jalan Dewan Bahasa / Jalan Maharajalela / Jalan Loke Yew.

Kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa selama 3 tahun dan dijangka siap pada Oktober 2010.

Skop kerja adalah:

* Membina satu jejambat dua lorong dari Jalan Dewan Bahasa ke Jalan Hang Tuah (ke arah Pusat Bandaraya); panjangnya = 700 meter.

* Membina satu jejambat dua lorong dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa (ke arah Jalan Istana); panjangnya = 1200 meter.

* Mengganti jambatan sediada di Jalan Hang Tuah merentangi landasan LRT (berhampiran stesen LRT Hang Tuah).

Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan lencongan jalan akan dilaksanakan bagi menyesuaikan kerja-kerja pembinaan.

Peringkat 1 kerja-kerja pembinaan akan dimulakan di bahagian Jalan Dewan bahasa berhampiran Bangunan Dewan Bahasa.

Bagi peringkat ini, Jalan Dewan Bahasa dari Jalan Istana ke arah persimpangan Jalan Hang Tuah akan ditutup. Semua kenderaan dari Jalan Istana menuju ke Jalan Hang Tuah / pusat bandaraya dikehendaki menggunakan Jalan Wisma Putra yang akan ditukar sementara kepada laluan sehala.

Manakala kenderaan dari Lebuhraya KL-Seremban menuju ke Jalan Hang Tuah / pusat bandaraya melalui Jalan Dewan bahasa tudak dibenarkan dan dikehendaki menggunakan Bulatan Sg. Besi / Jalan Loke Yew.

Kenderaan dari Lebuhraya KL-Seremban menuju ke Jalan Wisma Putra diminta menggunakan Jalan Sg. Besi, susur keluar ke Jalan Loke Yew terus ke Jalan Maharajalela dan susur keluar ke Jalan Belfeld (bersebelahan Chinese Assembely Hall).

Laluan di bahagian Jalan Dewan Bahasa dari Hang Tuah menuju ke Jalan Istana tidak berubah.

Lencongan bagi peringkat ini akan mula dilaksanakan pada 12 Disember 2007 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi dan akan mengambil masa selama 8 bulan sehingga 11 Ogos 2008.

Perubahan laluan bagi peringkat seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Semua pengguna jalanraya diminta mengikut arahan papan tanda di tapak dan berhati-hati sewaktu melewati laluan tersebut.

-----------------

Disebabkan penutupan sesetangah jalan ke opis, juga ketidak panjangan ilmu jalan-jalan di KL, membuatkan aku sampai ke opis dekat 2 jam...(yg sepatut nye 20 minit) ..huhu...malu betoi..tepon opismate pon, dah teresak² --dah nangis!, tah dia sedar ke tak..tah le~~

Pepagi aku dah buat rombongan cik kiah..round KL beb! pegi Midvalley, Istana Negara, Puduraya, Penjara lama, Pasar Seni, --eh tak dilupakan membeli-belah di Petaling Street..--ye la tuh!

Thankx to Aaron..sebab penerangan yg detail..kalu tak aku EL la nampak nye hihi..
akhirnye dalam 8.45 sampai jugak opis...hihi

p/s: Office halimunan ? ke aku yg halimunan ? tah..lalok la..macam makan dadah la pulak :p

Tuesday, December 11, 2007

Life by Des'ree

ini la penyanyinye..surf..then jumpe :p

tak tau ape yg best sangat pada lagu ni ..tp ini lah lagu yg di cari selama 5 tahun ini

Life by Des'ree

I’m afraid of the dark,
‘specially when I’m in a park
And there’s no-one else around,
Ooh, I get the shivers.
I don’t want to see a ghost,
It’s a sight that I fear most.
I’d rather have a piece of toast and
watch the evenings news.

Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo.

I’m a superstitious girl,
I’m the worst in the world.
Never walk under ladders, I keep
a rabbit’s tail. I’ll take you up on a dare,
anytime, anywhere. Name the place
I’ll be there, bungee jumping,
I don’t care!

Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo.

So after all’s said and done
I know I’m not the only one.
Life indeed can be fun, if you really want to.
Sometimes living out your dreams,
Ain’t as easy as it seems.
You wanna fly around the world,
In a beautiful balloon.

Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo. Life, oh life, oh life,
oh life doo, doot doot dooo. Life,

oh life, oh life, oh life doo, doot dooo.
Doo doot doot dooo. Repeat
Oh life, oh life. Repeat