
masih terlalu awalkah ? untuk mengucapkan byebye 2007...
lebih baik daripada tak sempat kan?
yg penting di penghujung 2007 ade 1 peristiwa yg akan aku ingat sampai bile² :) hihi..apekah? owhh tentula SULIT buat mase ni..2007...rasanye terlalu banyak aku buat dosa..buat org marah, juga aku marah pada org, buat org benci, juga aku membenci org, rasa tidak puas hati, rasa dendam, rase geram...owh manusia apakah aku ini ? korang semua ? tak de ? eh ..macam tipu je ..manusia kan ? mesti la sifat/sikap macam ni ..
hmm..jika rasa dah terlajak jauh, tak salah kalu kite start dari mula...-->nape plak ni?
sekadar renungan..
KENAPA AKU DIUJI? "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU INGINKAN? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI? "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? "Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
2008 harap datang dengan kejadian yg baik-baik saja..harap 2008 bakal menjadi kan kenangan terindah dalam hidup ku...harap..harap..ape lagi daa
p/s: besok munies dah mc (plan nk mc ni hihi), sabtu cuti, ahad cuti, isnin annual leave, selase cuti umum tahun baru 2008 (byk nye cuti..), rabu keje :(, kamis keje :(, jumaat keje :( huwaaaaaaaaaaa
Thursday, December 27, 2007
Selamat Tinggal 2007, Selamat Datang 2008
Posted by .:mUnies:. at 9:43:00 AM 0 comments
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada
mari dgr lagu sampai kembang taik telinge :D
macam mane la bole terpikir buat name kumpulan ni 'Hujan'..
Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku
Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…
Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya
Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya
Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya…
p/s : bila munies sudah tiada//apakah??
Posted by .:mUnies:. at 9:28:00 AM 0 comments
Labels: Lagu
Wednesday, December 26, 2007
oh Saman!
dikala kepokaian ni kene saman la pulak..
terajin la pulak org DBKL ni
dah x sempat nk elak lagi
alih-alih kene RM100 :(
lunch tu jugak p DBKL buat rayuan la konon
lepas berdiskusi..dapat la deduce sampai RM50
hajat nk makan pizza petang ni terpakse di batal kan hukhuk
p/s: sedih x cite ni ?
Posted by .:mUnies:. at 2:08:00 PM 0 comments
Tuesday, December 18, 2007
Ayam oh Ayam
Lunch 1.30 pm
dia : makan dah ?
me : dah.
dia : makan ape ?
me : makan nasik ayam goreng kunyit
dia : asyik makan ayam je ye..
me : ye la ye la...lately, selera menjadi² la..
dia : tak pe la makan. kalu tak makan nnt sakit
nape ek aku...
1. malas bersenam
2. malas bersukan - xde masa la konun
3. tak ada aktiviti yg kuarkan peluh
4. makan tak jage mane protien, daging berlemak
5. diet tak menentu
6. makan malam after 8.00pm then tido
7. jalan sikit dah mula penat
8. aktiviti berkereta lebih byk berbanding aktiviti berjalan kaki
9. "asyik je makan ayam"
10. alahai omak! aku senang hati..makan je lo keje aku... :D
p/s: ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara..hukhuk -.~
Posted by .:mUnies:. at 1:52:00 PM 0 comments
Thursday, December 13, 2007
Office Halimunan?
Dekat sangat, tapi macam jauh,
aiii, macam mane nk ke sane ni?,
tolong..tolong...sesat ke ? sesat dah...
---------------
CADANGAN MEMBINA JEJAMBAT JALAN HANG TUAH KE JALAN DEWAN BAHASA DI PERSIMPANGAN JALAN HANG TUAH / JALAN DEWAN BAHASA / JALAN MAHARAJALELA / JALAN LOKE YEW
Tarikh : 10 Disember 2007
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membina satu jejambat (overpass) 4 lorong dua hala menyambung Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa merentangi Persimpangan Jalan Dewan Bahasa / Jalan Hang Tuah / Jalan Loke Yew / Jalan Maharajalela.
Jejambat ini apabila siap kelak akan mewujudkan laluan berterusan bagi kenderaan dari Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Hang Tuah dan sebaliknya tanpa melalui persimpangan berlampu isyarat Jalan Hang Tuah / Jalan Dewan Bahasa / Jalan Maharajalela / Jalan Loke Yew.
Kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa selama 3 tahun dan dijangka siap pada Oktober 2010.
Skop kerja adalah:
* Membina satu jejambat dua lorong dari Jalan Dewan Bahasa ke Jalan Hang Tuah (ke arah Pusat Bandaraya); panjangnya = 700 meter.
* Membina satu jejambat dua lorong dari Jalan Hang Tuah ke Jalan Dewan Bahasa (ke arah Jalan Istana); panjangnya = 1200 meter.
* Mengganti jambatan sediada di Jalan Hang Tuah merentangi landasan LRT (berhampiran stesen LRT Hang Tuah).
Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan lencongan jalan akan dilaksanakan bagi menyesuaikan kerja-kerja pembinaan.
Peringkat 1 kerja-kerja pembinaan akan dimulakan di bahagian Jalan Dewan bahasa berhampiran Bangunan Dewan Bahasa.
Bagi peringkat ini, Jalan Dewan Bahasa dari Jalan Istana ke arah persimpangan Jalan Hang Tuah akan ditutup. Semua kenderaan dari Jalan Istana menuju ke Jalan Hang Tuah / pusat bandaraya dikehendaki menggunakan Jalan Wisma Putra yang akan ditukar sementara kepada laluan sehala.
Manakala kenderaan dari Lebuhraya KL-Seremban menuju ke Jalan Hang Tuah / pusat bandaraya melalui Jalan Dewan bahasa tudak dibenarkan dan dikehendaki menggunakan Bulatan Sg. Besi / Jalan Loke Yew.
Kenderaan dari Lebuhraya KL-Seremban menuju ke Jalan Wisma Putra diminta menggunakan Jalan Sg. Besi, susur keluar ke Jalan Loke Yew terus ke Jalan Maharajalela dan susur keluar ke Jalan Belfeld (bersebelahan Chinese Assembely Hall).
Laluan di bahagian Jalan Dewan Bahasa dari Hang Tuah menuju ke Jalan Istana tidak berubah.
Lencongan bagi peringkat ini akan mula dilaksanakan pada 12 Disember 2007 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi dan akan mengambil masa selama 8 bulan sehingga 11 Ogos 2008.
Perubahan laluan bagi peringkat seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Semua pengguna jalanraya diminta mengikut arahan papan tanda di tapak dan berhati-hati sewaktu melewati laluan tersebut.
-----------------
Disebabkan penutupan sesetangah jalan ke opis, juga ketidak panjangan ilmu jalan-jalan di KL, membuatkan aku sampai ke opis dekat 2 jam...(yg sepatut nye 20 minit) ..huhu...malu betoi..tepon opismate pon, dah teresak² --dah nangis!, tah dia sedar ke tak..tah le~~
Pepagi aku dah buat rombongan cik kiah..round KL beb! pegi Midvalley, Istana Negara, Puduraya, Penjara lama, Pasar Seni, --eh tak dilupakan membeli-belah di Petaling Street..--ye la tuh!
Thankx to Aaron..sebab penerangan yg detail..kalu tak aku EL la nampak nye hihi..
akhirnye dalam 8.45 sampai jugak opis...hihi
p/s: Office halimunan ? ke aku yg halimunan ? tah..lalok la..macam makan dadah la pulak :p
Posted by .:mUnies:. at 9:56:00 AM 0 comments
Tuesday, December 11, 2007
Life by Des'ree
Life by Des'ree
I’m afraid of the dark,
‘specially when I’m in a park
And there’s no-one else around,
Ooh, I get the shivers.
I don’t want to see a ghost,
It’s a sight that I fear most.
I’d rather have a piece of toast and
watch the evenings news.
Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo.
I’m a superstitious girl,
I’m the worst in the world.
Never walk under ladders, I keep
a rabbit’s tail. I’ll take you up on a dare,
anytime, anywhere. Name the place
I’ll be there, bungee jumping,
I don’t care!
Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo.
So after all’s said and done
I know I’m not the only one.
Life indeed can be fun, if you really want to.
Sometimes living out your dreams,
Ain’t as easy as it seems.
You wanna fly around the world,
In a beautiful balloon.
Life, oh life, oh life, oh life doo,
doot doot dooo. Life, oh life,
oh life doo, doot dooo. Life, oh life, oh life,
oh life doo, doot doot dooo. Life,
oh life, oh life, oh life doo, doot dooo.
Doo doot doot dooo. Repeat
Oh life, oh life. Repeat
Posted by .:mUnies:. at 11:59:00 AM 0 comments
Labels: Lagu
Friday, November 30, 2007
Joom, jalan-jalan....cuti-cuti malaysia :)
tata~~
blog rehat seminggu...
jom..cuti-cuti malaysia :)
p/s: ke mane la agaknye?
Posted by .:mUnies:. at 5:41:00 PM 0 comments
Labels: Jalan-Jalan Cari Makan
Wednesday, November 28, 2007
Jojo
Tanpa jojo hilanglah seri di opis kami =). Waah ungkapannye..betoi..jojo ni sebenar 'org gila' opss..kurang siuman..tempat tido nye ditepi coridor 1.5 meter ajer dari pintu depan opis ..upss? tak pe..dia tak kacau org..dia tido aje (tak tido, baring² jer) sambil goyang² kaki (senang hati eh ?)
Jojo ade 1 kadang² 2 beg plastik kecas² (beg plastik barang. ape isinye ? tah ? tu sume barang yang dia kutip tah kat mane tah..byknye, kadang² sampai 2 beg plastik...huhu
Jojo selalu hisap rokok. Yang peliknye, rokok jojo yang puntung² nye saje..last2 baru tau ..rupenye rokok tu di kutip dari atas jalan :s, apinye ? dalam koceknye..ade lighter laa ..jgn memain.....:) waa..hebat...
Jojo selalu buat tangan macam org buat presentation. Agaknye jojo ni 'Pengarah Syarikat' kot dulu <.> atau kepingin nk jadi 'Pengarah Syarikat' ...isk jahatnye mulut jari.
Jojo makan roti. samada dia kutip atau org yg bagi dia. tah la.
Ari tu jojo masuk kedalam opis kami. Alamak!, Seb baik di tgk tgk aje..pastu terpaksa la di halau keluar..
Ujanla..jojo pandai cari tempat berteduh..dia tak kan mandi ujan walaupon tah bape lame dia tak mandi kan..
Orang macam jojo ni tak pernah sakit ker? sihat je..walaupon makan, minum, kesihatan, kebersihan diri tk terjaga..mungkin jugak sebab mental dan batinnya yang sakit itu menguasai segala...
Pikirannye ? berhenti ke or still running ? ewahh..sikit je tercabut urat nye kan..:p
--mane jojo ari ni ? tak de pon..bersiar-siar kot..besok la baru amik gambar dia..
p/s: 'orang gile' / 'orang kurang siuman' same kan ? kadang² ade gak org yg nampak cam normal tapi sebenarnye lagi GILE dari 'org gile' yg sememangnye dah gile..bape banyak giler dah..eh GILA ke GILE ke GILER ke GULA ..? ngeh..ngeh..
ini la aksi jojo semalam
Posted by .:mUnies:. at 4:06:00 PM 0 comments
Monday, November 26, 2007
Kursus Pra Perkahwinan
ngantuk? tak de la..kate kursus perkahwinan mesti la berunsur KUNING (bukan kuning BERSIH tu..), BIRU aka BLUE (bukan parti BN..)..ustaz yg bagi ceramah pon ...walaupun dah berusia.,gigi nya tinggal dua..tp mmg lawak sangat ...sampai menitiskan air mate tak tahan perut gelak..=)
Bermula tajuk Tujuan Perkahwinan,syarat² perkahwinan, hak isteri, hak suami, tanggungjawab, bab-bab agama, talak (penceraian), mandi wajib, mas kahwin & hantaran, dan akad nikah.
Promote Jap (2007)
Waktu Kursus : Sabtu (2.30 pm - 4.00 pm)
Ahad (8.30 am - 4.00 pm)
Alamat: Pengerusi Pegawai-Pegawai Masjid WP,
No. 9-1, Tingkat 1, Rumah Kedai, Jalan 20B/146,
Desa Tasik, Sg. Besi.
No. Tel : 0390565149, 0192366797, 0196343996
p/s: Doa buat kekasih
Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Posted by .:mUnies:. at 10:03:00 AM 0 comments
Labels: Kawen²
Friday, November 23, 2007
Cari
mencari kebahagiaan naluri,
mencari ketenangan hakiki,
mencari kedamaian jiwa,
mencari teman di kala duka lara,
itu lah CINTA
"Ku mahu kesetiaan dan kejujuran
Kasih sayang yang tiada bersempadan
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan"
p/s: tibe idea ni plak yg dtg...dari membazir, baik diluahkan ..ewahhh
Posted by .:mUnies:. at 12:55:00 PM 0 comments
Labels: Jiwang Karat
Tuesday, November 20, 2007
Tema
yg mane satu ek...?
- purple+cream+gold
- dark blue+gold/cream+white
- hijau lumut+gold/cream
- pink purple+cream
- maroon+white
- purple blue+white
p/s: terase macam byk purple je dalam list tu.
Posted by .:mUnies:. at 3:17:00 PM 0 comments
Labels: Kawen²
Wednesday, November 14, 2007
Duit Hantaran?

Duit Hantaran?
ape tuh ? duit hangus ? haih...dulu tak pernah nak amik tau pon...tp sekarang kene, terpakse, mesti amik tau! adoi...walaupun lambat lagi langsung majlis nye...tp pening nye macam besok je nak kawen..pening dol!
macam macam pandang setiap orang pada nilai duit hantaran ni...setiap org ade pandangan masing²..
ada gak sampai rm20k ? byk nye duit ..woooo
ade yg nk Rm10k ---standard price rase
ade yg ikut tahun la rm8888.88 --sonok gak..
ada gak yg bgi setakat rm8000.00 tp dapat selengkap barang kemas...
yg penting buat ikut kemampuan, pentingkan yg mane lebih penting..yg kedua penting tu..bole pikir kan selepas yg lebih penting itu selamat di pikirkan..right ?
berhabis, bergolak gadai, pinjam loan, pinjam ALONG, sbb nk jd kan majlis tu too perfect --> ingat anak raja ?
pada aku biar la majlis tu sederhana, sempoi, tp still meriah,
1. biar ramai yg datang, tp jgn la sampai ade issue "tak cukup la nasik...kene tanak lagi ni "
"eh, pinggan tak cukup, nk makan kene basuh pinggan dulu ye.."
2. dah name pon majlis kawen, so kene la ade kemeriahan sikit...tp tak perlu la rasenye nk panggil kugiran ke ape..tp org tua ni pikiran nye lain..adeh
3. tak perlu nk tukar2 baju pesalinan sampai 7-10 baju..buat ape ? ..pakai nye untuk amik gambar jerk...kalu setakat 1-2 tu ok la kot
4. kenduri sambut menantu keluarga sebelah lelaki plak ape cite? duit sape nk gune ? duit aku gak, duit laki aku gak
5. walaupun aku ni anak sulung, cucu perempuan yg opah aku asyik tunggu bile weddingnye.., tp xperlu la majlis yg besar2 an..buat la sekadar mampu..
6. err..kalu x nk bersanding bole ? malu aa...tp mesti kene marah nnt :(
7. kalu tak nak berarak, berpayung tak pe tak ? .."lorr.. x nk berarak ? mane sonok xde bende tu..isk isk..hmmm... kene marah lagi..
oit..oit...yg nk kawen aku ...bukan korang, yang kuar duit aku bukan mintak duit korang..korang ni pandai cakap je...nk hasut mak bapak aku..cakap itu itu...ade ke patut leh pulak org api² kan mak aku cakap.."alaa, standard la tu kak ..org pahang macam tu"...helllooo "ko la macam tu ...patut la ko tak kawen sampai sekarang...memilih itu ini..hantaran setinggi gunung..macam puteri gunung ledang la plak" ... ingat sikit...perempuan dalam dunia ni lagi ramai dari lelaki..karng tak berlaki plak aku...ade ade org nak ..yg sesuai...yg masyuk...tak kan nk byk songeh plak kan..
a lot to do after married...mase ni ade sape nk tolong dah ? suami-isteri yg tanggung..org yg api² tu .. mane ? gumbira tepok tangan agaknye...after setahun kawen...mesti nk sibuk ty dah ade isi ke belum...? mmg penyibuk laa org org ni...ni la manusia
daripada aku belanja berhabisan kat kenduri kawen, baik aku simpan duit dapat gak beli TV plama..(maap ye abg...mmg teringin TV plasma ni ... sampai termimpi2...hihihi)...sepanjang hidup aku leh gune, beli peti ais beso ke..ade gak paedah nye..beli mesin basuh ke...katil ala-ala ke...(tak senarai kat sini ...banyok bebenor)
tolong-tolong...macam mane nk buat kalu kenduri yg di rancang tak dapat di impikan..? aku nk macam ni...diorang nk macam ni? ehh suke hati aku laaa....pendapat orang ni kite memang leh terima,...tp bukan bulat2 terima..seeloknya...pikir dulu ape manfaatnye...pertimbangkan...kemudian select, or decide!..pendapat org2 yg berpengalaman mmg kene terima ... tp tgk jugak...ade gak pendapat yg menjatuhkan..menyusahkan..yg susah sape ? aku dan si dia jugak..
peduli la org nk cakap ape..yg penting kebahagiaan dan kesejahteraan hidup aku doakan dlam kesatuan lelaki dan pempuan (suami isteri la ni ) ...
biar la org nk kate ape..mulut org mmg macam tu ..simbah ngan cili karang baru diam kot...harap jgn la banyak komplen itu ini...duduk diam ..jg la hal sendiri...jgn asyik nk merendahkan org...pandng pada diri sendiri dulu..kelemahan diri...
p/s: ape plak merepek ni ? bukan cite pasal hantaran ker ? suke hati ler..ini BLOG AKU..
Posted by .:mUnies:. at 12:15:00 PM 0 comments
Labels: Kawen²
Monday, November 12, 2007
Kucing
p/s: cik munies kehilangan punca nk tulis ape dalam blog ni..len kali key
Posted by .:mUnies:. at 5:07:00 PM 0 comments
Monday, November 05, 2007
Kenikmatan Allah SWT II
3/11/2007 - Saturday...
munies tukar tepon lagi..yeah...untuk kali ke2 dalam tahun yg same..:D
Allah memberikn nikmat ini..Dulu...aku ingat itu la tepon terakhir..tp ade rezeki lebih..lagipun ini sebenar tepon idaman...sekarang aku dah dapat ape yg aku inginkan...
p/s: ya Ampun, habis semua no tel dalam phone, hilang..mintak maaf semua, aku kene mintak sorang2 ni ...jgn marah aa..no tepon tuan rumah pon ilang...mane nk cari ni? :S
Posted by .:mUnies:. at 10:44:00 AM 0 comments
Labels: Nikmat
Thursday, November 01, 2007
Cincin

si dia : *****, mak ty td pakai size ape ?
munies : aa...mak nk p beli dah ke? . x tau laa pakai size ape..xpernah beli cincin...11 kot..tah
si dia : hmm
munies : petang ni kite p kedai emas sebelah kedai Taikaly tu la..just nk check size..bole kot..
si dia : haa ok
munies : muni ikut ke mak p beli tuh? ke mak beli sendiri ? ala nnt mak pilih taste org tua..ade bunge seketul permata nye..
si dia : alaa..nnt ***ng ikut sekalila...
munies : ~~ dlm hati..tau ke dia pilih?
p/s: tertibe berdebar miang :P
Posted by .:mUnies:. at 10:58:00 AM 0 comments
Labels: Kawen²
Tuesday, October 30, 2007
Problem
lately .. banyak sangat perkara berlaku dalam hidup
pening sangat pikirkan nye
1. Berdepan dengan client-client yg blur
2. Berdepan dengan housemate yg tak reti nk lock pintu, every time aku kene check wheater dah kunci or not --of course NOT
3. Masalah dengan bf -- akhir2 ni ajer
4. Masalah dengan perempuan pyshco --betol ke spelling (refer masalah no.2)
5. Berdepan dengan kawan2 yg nk musnahkan or bahagia kan -- tah la
Posted by .:mUnies:. at 1:15:00 PM 0 comments
Labels: Luahan Perasan
Friday, October 19, 2007
Outstation
kadang² berat sangat nk ke sane..borink dol kat sane. Tahan je la...kene tangkap
muat Engineer sorang kat sane baru tak borink kot :p
Seminggu la tak ber Update blog ni ...tak pon 2 minggu ...
p/s: jumpe nnt!
Posted by .:mUnies:. at 5:27:00 PM 0 comments
Labels: Jalan-Jalan Cari Makan
Thursday, October 18, 2007
Hari Raya 2007
2 hari before Hari Raya
Agak & memang excited pon raya tahun ni...balik kampung pon jam 6 am, sampai raub kol 8 am. terkezut gak mak..sbb macam suprise je...dier ingat balik dalam kol 10 am..hihi, sbb pgi tu mak ade call, tp aku x ckp pon dh nk gerak dah dari serdang..hihi..nyaman gak gerak pepagi ni..x panas..(tp agak ngantuk sikit..) tp ok la..Sampai raub, rehat kejap..terus mak ajak shopping..hihi...shopping kat Raub je la..jenjalan..actually bukan beli ape pon...just nk tmbah kan sesak kat jalan n dalam kedai ke..ramai gak org shopping saat akhir..meriah nye.
Hari Raya ke 1
Raya macam biasa la.pepagi raya siap² raya di kg KG (Kampung Kuala Gali)..lepas sembahyang raya di kampung Temau, pegi kubur, pegi umah wan (arwah wan), balik semula ke kg KG. Kitorang kene siapkan sup tulang...bahan semua dah siap kat umah Taman Kemajuan, cume kene masak kat kg KG ajer. kg KG (umah ke 2 kami)..nk dijadikan cite ..kelam-kabut gak..sebab mee, bihun, tauge, belum di celur lagi, tp org dah dtg nk beraya..haih...cepat betoi sampai nye..ni mesti sbb td terdgr abah ckp.."sape nk malam sup tulang..datang umah pak itam.", hm...kelam-kabut gak..tangan kene bergerak pantas, seb baik..pinggan mangkuk, air, kuih raya dah ade kat depan (dapur kering)...Bersilang tangan gak wat keje..:D
Ye la kg KG ni umah ke 2, sume kelengkapan mmg xde..air masak pon xde,ingat sempat nk masak pagi tu...ha ye la sempat..mane sempat..ade 1 jag aje..menyudah nye..aku terpakse wat air sirap suam..sampai kene tambah 1 jag air mantah..sebab dah terdesak sangat..karang kene hidang air panas kat tetamu plak..darurat ..xpe kan ? :p hhihi.. (ala..kalu kite minum kat kedaipon..belum tentu 100% diorang masak air tu..gune air paip gak..kan..?..macam xbiase la pulak ek ?)
Issue 2
Ke semua sup tulang telah berjaya di cedok oleh salah seorang tetamu yg datang. habis dalam periuk.!!. tak kan nk tego plak..nmpak plak macam kedekut. pandang je la. :|. Total tetamu x dpt di bilang...aku sibuk banget, kok macam berlatih jd sorang suri..huhu. Kalau tak silap dalam 3 kelamin + anak² nye
Issue 3
Tetamu group ke 2, tak dapat makan tulang2 yg besar...memandangkan kesemua telah di hantam oleh group 1. kesian. yg ade hanya daging yg comey2 sahaja. Seb baik mangkuk group 1 sempat basuh..tgk la tangan sape yg menghayung.hhii.. al-maklum la..mangkuk pon bawak dalam 20 biji jerk...hmm..Total tetamu masih x dpt di bilang...Nak berlatih menjadi suri ke maid plak ni ? Dalam 4 kelamin + anak² nye.
Issue 4
----habis tetamu balik kitorang plak yg bedal sume sup. bedal pon dekat kol 11 lebih...lapo kemain, dah rase macam bulan pose plak..------
Hari Raya ke 2
Lepak sepanjang hari tgk tv. Pegi beraya 1 buah rumah aje..Umah Wak Seli.
Hari Raya ke 3
Waaa sibuk kembali... sebab ari ni ade tetamu dari selangor..menu hari ini Mee kari..bangun pagi terus tolong mak..(tolong potong je..mak yg masak) selesai je masak...then...Assalamualaikum...cepat betoi diorang ni sampai..(mandi pon belum :( ) ..diorang dtg pagi ..so x kisah la hidang air panas..buat teh o je la senang..Beza group 2 ngan group 1 dalam 45 minit..so senang je la..tambah mangkuk je la..:)..lepas tetamu balik..cam biase aa...kitorang plak habiskan..dh meleleh sgt air liur tgk org makan td...hari ni balik ke Taman Kemajuan selalu..dan sebelum tu ...p kg mak plak..kg Batu Malim..kemudian pegi kubur lawat kubur arwah pak ngah..Nampak nye xde rezeki nk beraya umah pak bong, sbb time kitorang p umah dier, diorang plak kuar beraya..hihi..so p umah mak ngah je la di Taman Muhibbah..(seb baik ade org)
Hari Raya ke 4
Lepak + tido aje kat umah...sonok dpt jumpe katil n tilam tebal. (tido kat kg KG (Kampung Kuala Gali)) sakit pinggang, xde katil, tilam nipis..dah name pon 'hotel singgah'..bila daa mau pindah sini?
Hari Raya ke 5
adeh..kene balik serdang dah ke ni ? tak sonok :( kene drive seorang diri..abah soh gerak pepagi, sbb takut jaem, so kol 11 am (xde la pepagi sgt, matahari pon dh naik.)..dah gerak..:S tak jem pon..kol 1 dah sampai serdang..
Hari Raya ke 6
aku, di sini, depan pc, mengarang cerita ini..huhu di opis ku..tunggu mood keje datang..:p ..jgn mara aaa.dh nk dekat lunch pon ni..
Hari Raya ke 7 dan yg mendatang...
Tunggu kedatangan tetamu dari serdang..bile ek ? tungguu...
p/s: Agak² raya tahun ni beza tak dengan tahun depan ? tah..moga panjang umur..moga bertemu kembali raya tahun depan .. insyaAllah
Posted by .:mUnies:. at 1:28:00 PM 0 comments
Labels: Raya
Wednesday, October 10, 2007
Salam Dunia
Suara tangis yang kau dengar
Memecah hari kudus ini
Adalah aku
Mengenang pemilikmu
Kita pohon kemenangan
Meroboh kota keakuan
Ini saatnya
Yang kunanti-nanti
Mereka yang dilanda derita
Redhalah harimu kan tiba
Cahaya kekasih yang benar
Menghapus segala api kemarahan
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Salam dunia
Salam semua
Salam Hari Raya
Bersinar akhirnya
Inilah hari kita
Tiada lagi rasa ketakutan
Inilah hari kita oh...
p/s: nk wat keje pon malas..mOOd raya dah sampai!
Posted by .:mUnies:. at 2:44:00 PM 0 comments
Labels: Raya
Monday, October 08, 2007
Salam Lebaran
Di kesempatan ini, munies ingin mengucapkan selamat hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin. mane yg bawak kete tu, berhati-hati, mane yg naik bus tu, jangan terkejut plak ade polis menyamar tertibe dok kat sebelah kite...kali ni munies cuti seminggu ..yeah balik kampung!p/s: tak sabar nak tunggu kunjungan tetamu raya dari Serdang :p hihi. Yang pasti ianya pasti menjadi kenangan paling indah seumur hidupku.
Posted by .:mUnies:. at 12:36:00 PM 0 comments
Labels: Raya
Thursday, October 04, 2007
SMS aka Sistem Pesanan Ringkas
0122306*** : Muni, tlg aunt cek akak dah ada blum?klu sempat akak nk g amik t'hr ni -k.nor-
me : uiks ? ni sape ? cek ape?
0122306*** : ni kak nor la sayang.tak tau ke atau betul2 xtau!!?ada x cek gj k.nor?
me : ... kendian, aku tepon ....dier cancelkan..2-3 kali
0122306*** : sori..wrong no.
me : len kali check la no tu betul²
0122306*** : oraits!
p/s: maybe aku pernah berurusan dengan 'k.nor' ni, kalau tak masakan nama+no tel aku dier tau. tapi aku tak kenal pon org ni..tah lupe la..sorry ek
erm...len kali jgn la buat org lain jadi benggong..check la betul²..bikin ribut aje
Posted by .:mUnies:. at 12:47:00 PM 0 comments
Monday, October 01, 2007
A week with 'Buffet Berbuka Puasa'
Venue : JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur
Date : 30 September 2007 (Sunday)
Me + My Lovely Nazrul ONLY
byk nye makanan...ye laa Buffet RM54, mmg berbaloi la pegi...hhihi...rase nk makan semua bende je...tp mane la larat..tu pon rase nk meletup perut hiihi..yippie! (lol) sampai dah tak larat nk jalan lagi..Makan sampai
KENYANG!. p/s: dah terasa macam ular sawa je plak..kenyang sangat sampai mabuk..ihhihi..Thanks to My Lovely Nazrul.
Venue : The Coast, Alamanda
Date : 29 September 2007 (Saturday)
Me + Dip. IT, Uniten Batch 2000
Aku datang agak lewat..org pon terlalu ramai..berbaris amik makanan..Buffet RM33 ni rase macam aku makan RM10 jer..dalam kol 11.30 malam perut terase lapo semula..terpakse la rebus megi + bancuh air milo (thanks to pencipta milo dan megi)...ape laa buffet sampai RM33 tapi x leh kenyang sampai sahur..buwekk :T..Makan secukup RASA. Thanks to Marina & Nik
Venue : De Palma, Bangi
Date : 26 September 2007 (Wednesday)
Me + MMSC Ex-officemate
Sempat gak bershopping brooch tudung kt dalam billion tu..hihi..Buffet kat sini RM25. Aku jd group pertama amik makanan, (thanks to Nina & Meen) hihi ye la jam pon dekat kol 7..malas nk berebut-rebut nnt (hih ke takut makanan habis ? ;)))..hmm sebenarnye ...tertibe rase macam segan je nk sembang ngan diorang..tah :S, (mampuis aku kene kutuk kalu diorang tau aku segan ..hehe.) Makan secara BERSOPAN. Thank to Nina & Yati
p/s: xde gambar :(
Posted by .:mUnies:. at 10:49:00 AM 0 comments
Labels: Nikmat, Puasa aka Ramadan
Thursday, September 27, 2007
Leave
DEAR COLLEAGUES,
Please be informed that the company will be implementing Compulsory Leave on 16 Oct 2007 for Hari Raya. One day will be automatically deducted from your Annual Leave Entitlement. For those who have been applied for leave on that day,no additional deduction will be made.
Regards
Human Resources
hihi ...xpe.xperlu..aku dah apply leave dah pon before puasa, excited tak ? ekeke...tp baru approved a week after puasa..seb baik apply cepat kan...tp kalau apply lambat pon, insyaAllah dapat..hari raya maa..mau sy nangis kesepian ke kat sini? huhu
P/s: agak² sekarang dalam radio dah ade lagu raya tak ? x pernah dgr pon lagi..
Posted by .:mUnies:. at 11:26:00 AM 0 comments
Wednesday, September 26, 2007
Ayam Goreng Kunyit
5.00am : sahur ..ekk kuih dh basi..nasib ade karipap..malas la nk buat milo..nnt asyik nk terkucil je..:p..minum air kotak soya + air glukosa yg memberi tenaga ..
9.30am : tertibe terliur nasi putih lauk ayam goreng kunyit pakcik gerai tepi jalan tu..rase nk meleleh air liur ni...sedap nye ayam goreng kunyit pakcik tu..makan setiap hari pon x buhsan..
10.20am : Surfing http://www.thechickenriceshop.com/menu.html. Carik menu ape yg besh nk makan sabtu ni..(macam tak sabar nk tunggu makan ayam :S)
12.30pm : Surfing http://masak-masak.blogspot.com/. amat menyelerakan!
2.15pm : Sembang ngan member "arini nk makan luar, ade buffet, ngan ex-officemate". tak sabar nk makan! mesti amat menyelerakan II!
3.04pm : Ohh, tp teringat nasi putih lauk ayam goreng kunyit pakcik tuh..:(
3.16pm : teringat lagi, nasi putih lauk ayam goreng kunyit
Ayam Goreng Kunyit
Bahan-Bahan:
? kg ayam(di potong kecil)
bawang besar 2 biji(di mayang bulat)
kacang panjang 8 tangkai(di potong panjang) lada merah hidup 2 tangkai(di potong menyerong)
minyak masak secawan kunyit + garam
Cara:
ayam di lumurkan dgn kunyit dan di goreng garing.setelah garing,angkat dan letak dlm pinggan lain.buang separuh minyak di dalam kuali.tumiskan pula bawang merah,cili hidup dan kacang panjang.letakkan garam.pastikan bahan tumisan tidak terlalu lembik.dan akhir sekali,masukkan ayam yg telah di goreng tadi.kacau semuanya sehingga rata,dan angkat.
Cadangan Hidangan: boleh di hias dengan daup sup dan bawang goreng.
Tambahan: sedap di makan dengan nasi panas dan sup. yummieee
p/s: mase nk post entry ni pon masih terbayang-bayang nasi putih lauk ayam goreng kunyit
Posted by .:mUnies:. at 3:20:00 PM 0 comments
Tuesday, September 25, 2007
Nurin Jazlin Jazimin
Terpanggil rase nya nk mengabadikan Kisah Nurin Jazlin Jazimin disini. Kesian, sedih dan tragis sekali..hanya kerana nk keluar beli sepit rambut..benar kate org..Berjalan sorang ni bererti 'jalan mayat' . walaupun pergi berdua bersama kakaknya..ia masih di kate kan tak bole di benarkan..sbb mereka masih kanak kanak terlalu kecik, di luar terlalu byk ORANG GILE!
cepat cepat la polis. jumpe ORANG GILE itu..kalu bole jgn mati di tali gantung, tapi mati di seksa oleh masyarakat, semua org tak akan maaf kan ORANG GILE ini...di akhirat nnt, cari la Setiap org untuk memohon maaf..kalu aku laa..dpt tgk muke pada paper pon rase nk tikam je kertas itu. tak dapat di maaf kan. .kenapa ada manusia SEKEJAM ini?
Al-Fatihah buat adik Nurin yg comey ...Salam takziah buat keluarga En. Jazimin
Posted by .:mUnies:. at 5:15:00 PM 0 comments
Monday, September 24, 2007
Zakat Fitrah
mak: kak long, awak nk bayar zakat fitrah ke abah?
aku: haa...tah..mane tau..x reti..(sambil sengih² tak tau)
mak: abg ngah dier baya sendiri.
abah: ~~ pandang aje muke aku ~~
adik: abah je la bayar ..kn masih dalam tanggungan.~suara perlahan..sebab dlm mulutnye ade 'Tasik Perdana' ~~ Tasik Perdana a.k.a ulser ..huhu
aku: sape yg ckp tu? hehe
mak: adik la..anak jantan mak ni...
adik: sengih terus peluk mak..
p/s: adik dalam form 2. hmm makne nye abah je la bayar kan :p
Posted by .:mUnies:. at 9:11:00 AM 0 comments
Labels: Musabah Diri
Wednesday, September 19, 2007
Apalah erti kerinduan ini?

sayang tapi benci,
benci tapi rindu,
rindu tapi ego,
ego tapi ingat,
ingat tapi apla,
apla tapi hilang,
hilang tapi mencari,
mencari tapi kesetiaan,
kesetiaan itu kejujuran,
kejujuran itu penghargaan,
tapi;
"apalah erti kerinduan, jika tiada penghargaan"
"apalah erti kerinduan, jika tiada kenikmatan"
"apalah erti kerinduan, jika tiada kasih dan sayang"
Apa agaknya khabarmu di sana?
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Posted by .:mUnies:. at 3:45:00 PM 0 comments
Labels: Jiwang Karat
Tuesday, September 18, 2007
haha ..aku tertipu..
0177707177 -- aku tertipu dengan panggilan ini..
0177707177 : hello. assalamualaikum
aku : ye hello, waalaikumussalam
0177707177 : Saya ustaz zawawi..bla..bla..dari maxis....bla bla..hantar ke 2600. bla bla.. (butiran terlalu laju)
aku : terpaku, senyum
P/s: o0o ini, operator. panggilan ini sudah di setkan..dan rasenya semua pelanggan maxis menerima panggilan ini..:p
maaf ya ustaz zawawi..laju sgt laa ckp tu..
Posted by .:mUnies:. at 1:07:00 PM 0 comments
Friday, September 14, 2007
2nd Day
Terbersin > selesema > batuk > demam = tak laratnya + nk tido rasenye :(
hmm..ni dugaan ke balasan ?
Ya Allah, sembuhkanlah aku...
Posted by .:mUnies:. at 1:14:00 PM 0 comments
Thursday, September 13, 2007
Ramadan Tiba Lagi
Posted by .:mUnies:. at 11:00:00 AM 0 comments
Labels: Puasa aka Ramadan
Tuesday, September 11, 2007
Merdeka Big Splash - Sunway Lagoon
NSTP Merdeka Big Splash Ticket - kene tukar dengan keratan akhbar, 5 keping baru leh redeem 1 ticket ..aku dpt tukar 3 ticket, tp gune 2 keping je..1 keping buat kenangan..huhu
mandi sungai, mandi laut tiruan..main luncur air, seronok tak terkata.. Tip² nk main game yg agak extreme:
1.pejam mata rapat²
2.tutup plak muka dengan kedua² hujung jari menekan pada mata yg tertutup.tekan kuat kuat, sampai tak nmpak ape²
3.jangan sesekali menjerit - bukan saja akan menyakitkan tekak malah akan buat rase takut yg teramat sangat.
4.jangan sesekali bercakap
5.jgn pikir ape yg sedang kite naik sekarang
6.walaupun kadang kadang terase yg bontot tak cecah bangku tu, tp pikir kan yg kite main lompat² setempat.
7.bertakafur dan jgn lupe berdoa
Strategik dulu yg kurang berkesan
1.menjerit sekuat hati --balik umah suare hilang :S
2.bukak mata luas-luas..waah tgk la pandangan disekeliling..indah nye..(takuttttt tau!)
3.berpikir macam ajal kite di situ..dengan mati terpelanting. yaAllah
p/s: ape pon aku happy sgt..TQ pada dier sbb sudi luangkan masa...muahh
Posted by .:mUnies:. at 8:28:00 AM 0 comments
Labels: Jalan-Jalan Cari Makan
Monday, September 10, 2007
myBirthday again~~
it's coming again in this 2007 year happy birthday = ? 25?
huh~~sesuku abad dah nampaknye idup di bumi Allah swt ini..
sesuku abad juga dah nikmati sebahagian kurniaan/nikmat yg Allah swt berikan..
Kenapa aku tak dapat ape yg aku inginkan?
tah~~..ape yg aku inginkan sebenarnye..?
baby? hihihi ;)) (husband pon xdpt lagi..nk anak plak)
husband? nk! nk! nk! yeppi! --gile garik..haha
kaye? sume org pon nk kaya kan? hidup selama-lamanye? --walaupun hidup 1000 tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya..~~ha ha tak tau kebahagiaan dunia & akhirat..juga dapat hidup semati besama insan yg tersayang
p/s: tQ belanje makan kek tuh..and tQ adiah DVD player tu ...bukan saje adiah birthday, tp bole jadi asset bile dh kawen nnt..hihi 2 in 1 .. insyaAllah
Posted by .:mUnies:. at 8:46:00 AM 2 comments
Friday, September 07, 2007
Jadilah orang pemaaf
di petik dari utusan 7/9/2007
SOALAN: Suami saya pernah melakukan maksiat dengan perempuan lain selama dua tahun tanpa pengetahuan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh melupakan kecurangan suami yang menjadi trauma kepada saya sekian lama?
JAWAPAN: Anggaplah perkara itu sebagai satu tragedi dalam kehidupan puan. Orang yang paling baik di antara kita ialah orang pemaaf. Lebih baik puan fikirkan bagaimana mengembalikan kebahagiaan rumah tangga. Berfikir terhadap perkara yang sudah lepas secara berterusan akan membawa kesan-kesan negatif dalam diri. Seperti ditimpa perasaan murung, susah hati, kecewa, marah dan sebagainya yang akhirnya membawa kepada pergaduhan yang berpanjangan. Jika ini berlaku ia tidak sihat bagi sebuah rumah tangga di dalam mencapai kesejahteraan berkeluarga.Cadangan saya sekiranya perempuan yang dirosakkan oleh suami puan anak dara orang, adalah lebih baik dikahwininya. Kerana suami puanlah yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini. Syaratnya, perempuan itu mahu berkahwin dengan suami puan dan situasinya mengizinkan.Walaupun kita tahu hukuman bagi seorang penzina bukan dengan kesudahan kahwin, tetapi ini memberi peluang untuk dia memperbaiki diri dan wanita yang dirosakkannya itu.Mungkin kita pun ada anak, esok lusa kalau ada orang merosakkan anak kita, apa perasaan kita? Atau bagaimana perasaan kita jika ada orang merosakkan adik perempuan kita? Dalam persoalan ini, perkara yang paling utama ialah masing-masing kena bertaubat. Menyesali perbuatan yang terkutuk itu dengan tangisan dan pengharapan agar dosa diampuni oleh Allah s.w.t. Akhirnya, berilah peluang kepada suami puan berubah dan memperbaiki kesilapannya. Manusia perlu diberi peluang, mungkin dengan peluang yang diberi suami puan boleh jadi seorang suami yang lebih baik daripada sebelumnya. Ini kerana setiap kebaikan puan akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan kebaikan juga. Mudah-mudahan kebaikan dan sikap toleransi puan dilihat positif oleh suami puan untuk terus menjadi suami yang baik, cintakan keredaan Allah dan bencikan kemurkaan-Nya.
p/s: mampukah aku memaafkan org yg pernah menyakiti hatiku, yg menfitnah aku ? kdg² aku tersenyum sendiri..kerana sekrang Allah swt dah memblas atas ape perbuatan mereka. padan muka --uuu x baik nye..jahat nye
Posted by .:mUnies:. at 2:13:00 PM 0 comments
Labels: Musabah Diri
Monday, September 03, 2007
Bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia
Bangga kerana merdeka, megah kerana bahagia (meminjam bait-bait puisi Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said).
Ambang Merdeka (30hb Aug 2007)
mmg seperti yg dirancangkan..nk ber'ambang' merdeka di Putrajaya. and macam biase la..KL dh start jam dari kul 5 ptg lagi..(mungkin ramai yg nk ber'ambang' merdeka di Dataran Merdeka kot) hampir 2 jam tersekat dalam jam nk ke serdang...dekat kol 8 baru sampai umah..huhu..balik mandi terus siap² then kuar semule. kali ini, naik motor aje..tak sanggup rase nye nk bersesak n tersekat lagi dalam jam...naik moto la selamat, cepat dan syiok..:p ..vrooommmm...vrommmm
Video Fireworks
Perarakan Hari Merdeka (31hb Aug 2007)
Tak seperti yg dirancangkan! geram betoi..janji 7.30 am nk gerak dari serdang tp terlewat hampir setengah jam..kol 8 baru gerak..haih...susahnye..mmg tido mati..ni baru la betul org ckp kalau ade bom pon x sedar..start call dari kol 6.45am, sampai kol 7.30 x sedar² jugak..isk.isk isk..nasib baik ade no tel bapak dier..so call bapak dier..mintak tolong kejut kan..hiihih..kemudian, kol 8 am baru la gerak, seperti biase naik moto..mmg cepat aa sampai..kol 8.15, jalan pon lenggang je, setibe je kat dataran, ramai lagi org tgh berasak-asak jalan kaki, ramai gak yg baru sempai, lega betul, park depan stesen LRT masjid jamek, then, terus follow org ramai ke dataran. Agak rimas la dengan keadaan org ramai tuh..(tp x rimas sgt, sbb masih pagi, org pon x luar peluh lagi..;p) sesampai depan mahkamah, nampak dari jauh, tarian dah pon dimulakan, after 15 minit, baru la perarakan /perbarisan di mulakan..Dengan keadaan org ramai yg tak reti bahasa, yg dok depan pon berdiri, sampai bile bile pon org kat barisan belakang x nmpak..atas ihsan org ramai yg jerit dari belakang, soh diorang yg kat depan tu duduk, baru la nampak sikit ape yg terjadi kat depan tu, baru la leh nampak, org berarak..Program ni sampai kul 10 am jer, so hampir 2 jam la aku berdiri, tp xpe aku puas dpt tengok jet, kete kebal, bunga-bungaan dll.
Detail : http://munies.fotopages.com
Posted by .:mUnies:. at 11:02:00 AM 0 comments
Wednesday, August 29, 2007
Saya BANGGA jadi anak MALAYSIA
sejak beberapa minggu yg lalu, ini la yg menjadi wallpaper-desktop pc di office ku..
31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Posted by .:mUnies:. at 10:33:00 AM 0 comments
Thursday, August 23, 2007
Mari Ke Kebun
'seronok betoi rasenye dapat makan buah kegemaran yg di petik terus dari pokok..lalu di kupas kulitnye kemudian, nyumnyum..weekand lepas, aku ngan seluruh ahli keluargaku, ke kebun, walaupun name nye kebun abah tu hanya 'blakang umah wan' , tp kami kene mendaki bukit sebelum sampai ke destinasi ..ewahh..penat jugak yek..*rase sebab jarang bersenam tu la jalan sikit dah rase penat sangat* selepas 15 minit, (sbb singgah kebun wan plak, sebelum sampai ke kebun abah, mmg akan jumpe kebun wan) jd mane buah yg senang di capai tu..alamatnye ke mulut la..hihi *mmg tak tahan tgk buah yg di depan mate.yg senang tuk di petik plak tu ..* hihifinally sampai jugak..terus ke pokok rambutan pertama yg namanye pokok rambutan jarus mas, pokok rambutan gula batu, pokok rambutan ??? --> lupe name nye..isi nye mmg sangat manis, huh, mane same macam beli kat pasar malam tu..dah le tak lekang,ade yg masam plak :S.., tawar pon ade ..huhuaktiviti memetik ini amat menyeronokkan...maybe sbb semua ahli keluarga ada bersama-sama *dah lame tak bersama² begini* aku tgk mak & abah pon sangat² gembira, aku rase aku paham kenape. ohh syahdu la plak T_T ....berplastik² telah berjaya dikutip, amik byk² ni sebab nk bg nenek sedara kt serdang tuh, & tak lupe pada *ehem-ehem* aku :D ..kete aku berat bawak buah rambutan, manggis, dokong,langsat,buah bidara (buah mate kucing), pisang, cempedak, & durian ..hihi..\:D/
Posted by .:mUnies:. at 5:58:00 PM 1 comments
Labels: Jalan-Jalan Cari Makan
Tuesday, August 14, 2007
Mungkin Keracunan Makanan
tak taw macam mane rasenye keracunan makanan
tp rasenye sakit sangat
memulas-mulas, cirit birit, and after tu rase nk muntah..
mungkin tersilap makan...tapi makanan tu makanan biase aje..
bihun goreng..selalu makan pon..tah la..
seb baik ade penadol..telan 2 biji, rase ok sikit, tp sedikit lemah..
rase nk tido je..zzZZZZZZZ
Posted by .:mUnies:. at 1:18:00 PM 0 comments









.jpg)










