"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
Bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini. Tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita, walaupun ibubapa kita mampu. Kita anak-anak sulung yang baik, meringankan ibubapa kita. Nak meminta-minta tak sampai hati, kan? Mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita. Bertuah kan kita?
Ada lagi bertuah? Bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri. Anak sulung hatinya kuat. Apa sahaja boleh dibuat. Sayang adik-adik, selalu mengalah. Sayang ibubapa, selalu menolong apa sahaja, sebab kita besar daripada adik-adik. Sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita, baik pada kasih sayang, mahupun material. Kita kan anak sulung yang hebat??
Buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi,
Sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza. Bukan kita sahaja yang diuji sebegini, ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi. Cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita, merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil. Ibubapa kita juga manusia, tidak terlepas daripada membuat kesilapan. Mana ada ibubapa yang bencikan anak, cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini, atau mereka sedang berkecil hati dengan kita. Maafkanlah mereka, bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka. Jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka. Jadilah anak sulung yang cekal, baikhati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah. "Sayang ibu berkorban nyawa, sayang ayah berkorban jiwa". Terus kuat ya anak-anak sulung!
p/s: ape kata anda?
Thursday, March 29, 2012
Berbahagialah Wahai Anak-Anak Sulung
Posted by .:mUnies:. at 8:49:00 AM 0 comments
Wednesday, March 28, 2012
Gurau Pun Salah?
A: Ade ape ape nk order barang tak?
M: Takde..tp....kalu ade ubat yg minum terus pregnant bole lah beli..(dgn nada bergurau)
A: Takde..Aku kan jenis subur, tak perlu makan ubat semua ni..
M: haha berlagak
jgn ckp besar
x baikkk tuhan marahhhh
rezeki tu kan Allah yg bagi
senang bagi
tarik pon senang
kene bersyukurr
kite pon x tau ape yg akan jd pada kite, anak kite, keluarga kite
ade org anak ramai 5 Allah bg, sekali Allah nk tarik, 5 sekali meninggal
dari ade 5, terus 0
A: mak aih
jgn marah
nk gurau tk leh ke ?
pedaaa
M: tak pun..ingat mengingat je...
Kalau la yg bertanya tu mmg belum dikurniakan zuriat, agaknye die rasa ? bergurau-gurau jugak, tp kalau tak kene pada tempatnye, menyakitkan hati jugak..Jgn nk bangga sangat la..ingat awak dh ade anak sepasang, dah cukup terbaik ke? rezeki masing-masing...ye aku tau ko subur sangat, sekali buat dah mengandungkan..tp perlu ke sampai cakap macam tu kat org lain..? ape la sangat...anak kau pon baru nk hidup, belum tentu bole jadi manusia atau tidak, umur panjang atau tidak, jd yg berguna or menyusahkan..
p/s: mereng~
Posted by .:mUnies:. at 2:37:00 PM 2 comments
Wednesday, March 21, 2012
Cerita Ceriti Di Majlis Bengah
dah lame sangat tak menaip di sini. malas.
alhamdullilah, majlis kawen tu sudah pon selesai. selesai dengan banyak sangat cerita nye..wow..mmg asome!
mmg majlis ni sbnrnye ade 3 kekurangan. pertama tak ada pelamin, kedua tak ada majlis berzanji, door gift jugak di kurangkan memandangkan majlis ini majlis sambut menantu aje..
kali ni memang takde acara masak memasak pon, semua catering, malam masa kenduri tahlil pon catering, cume mintak tolong opah masakkan gulai asam rom (asam rom ni makanan org belah raub, tp rasenye dato' siti pon tau, die pon pernah masak gulai ni, dalam tv lagi...)
kenduri tahlil utk disedekahkan kepada arwah opah yg meninggal lebih kurang 3 tahun yg lalu. kami cume bagi senaskah surah yassin buat kenangan.
Majlis besar berlangsung pada 17/MAc/2012. dengan cuaca yg cerah. baju abengah pon dah dicampakkan ke atas atap, itu la petua abah, katenye udah dijampi sebelum dicampak ke atas, ye ye je abah tu...haha(jampi supaya jangan turun hujan..)
tema kami kali ini ialah color grey, mak cakap color kelabu taik anjing...ye ke taik anjing color ini? tak pasan plak..huhu..lagi mak ckp kaklong ari tu dh color gold (no1), so no2 kene la grey or perak..pulak?
Khamis malam kami sekeluarga sudah sampai ke raub, wahh rupanye kerusi semua sudah di keluarkan, semua sudah di letak karpet. (umah kecik kan) harus la paham bagaimana kan) lagi mudah kali ni sbb saya sudah tinggal kan vacuum kat raub masa balik minggu lepas, memvakuum je la, tak payah yg pakai penyapu lidi lagi, hihi...senang dan mudah gitu, habis 1 rumah di vakuum..bersih! seb baik ade abede yg tolong emak, yg ank dara sorang tu mane dapat balik, kene keje n tak bole cuti, mmg kesian!
pagi jumaat abah dah sibuk rebus telurasin, tak banyak. dalam 100 biji je, itu pon untuk dibagi pada saudara-mara aje, yg utk org ramai cukup la jajan² tu ye..hihi
ape isi dalam beg? mug yg sangat cantik yg dibeli dari Giant supermarket. dan di ini jajan 2 jenis serta gula-gula.
majlis bermula jam 12, karaoke pun bermula jugak, org ramai mula meyerbu! semakin lama semakin ramai, sampaiah satu tahap...rupa-rupanya, lauk sudah habis!!! jam baru pukul 2.15, sedang kan majlis sampai pukul 3.30..
haru biru betul dibuatnye, terpakse masak sardin kat dalam rumah.sapa-sapa yg lambat dtang mgm kesian, dpt minum je, makan pon lauk sardin. mmg licin, org ramai betul..ade yg terpakse minum air dan balik..wiuuuuu....
adoi, di kesiankan org org lain, kami sendiri pon tak dapat makan sebenar nye, sbb nye tak makan dari awal, menyudahkan kami sekeluarga makan lauk sardin aje malam tersebut..hoho...sedap jugak kalu dah kebulur.tak caya pegi la try..hihi
ok biarkan lah hal tak cukup lauk itu...nak wat cam ne, itu la jgn dtg lewat sgt, kan...
bila dah penat, mula la sorang sorang nk sumbangkan lagu kat karaoke, memula abedem kemudian pak sedara, sepupu sepapat, akhirnye ditutupi oleh menantu lelaki, kemudian oleh kami berdua, hahaha..mmg layan..papa nyanyi lagu dari kumpulan wali - Yank, kemudian berduet lagu cari jodoh plak..
p/s: oh ye nk tau ape penyebab kali ini ramai yg menyerbu?? sebenarnye, mereka nk melawat emak saya yg sakit, bile mereka tahu mak buat operation, kesemua mahu datang raub jumpe emak..kalau dulu kata mak, semasa majlis sy, mmg sudah ramai yg datang, tp kali, extra sikit, sbb yg tak datang dulu, nk dtg sekarang, sbb itu jd ramai...huhu..
Posted by .:mUnies:. at 5:12:00 PM 0 comments
Thursday, March 08, 2012
Majlis Perkahwinan Abengah (Adik no-2)
Keluarga kami akan mengada kan majlis perkahwinan minggu dpn (pihak lelaki)
dan minggu ini (pihak perempuan)
so amik la bz kami sekeluarga sekarang walaupon saya hanya campur tangan sekejapsekejap saja memandang kan jauh..
ahad ni ke terengganu.wiu..kematuuuu bontot dalam kerete..
Posted by .:mUnies:. at 11:02:00 AM 0 comments







