hari ni? cam biase lee..keje..org lain sedang enak di lamun khayalan mimpi..aku jee yg terhegeh2 nak p keje ..mandi ...pastu dok tercanguk sorang2...pagi td mendung jee..cam nak ujan.. muram je..aku x suke sgt keadaan cam tuh...bukan aku x suke hujan ..tp aku x suke cuace yg muram , seolah2 mangambarkan keadaan diri yg sedih ..nak buat ape pon aku rase sedih dah sayu...isk...
Hari ni tepat2 kul 1 , terus aku cabut, pasal aku nak p UM ..ade karnival sure kerje...ni aku bg detail dier
Karnival Sure Kerja (Pekerjaan Untuk Rakyat)
Pada : 21 & 22 Mei 2005Masa : 9 pg - 5 ptg
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM)Anjuran Bersama : Jabatan Tenaga Kerja Sem. M'Sia & Fakulti Sains UM
Membuka peluang kepada ANDA untuk mendapatkan pekerjaan atau meningkatkan kerjaya SECARA LANGSUNG dan SEGERA.
Rebutlah Peluang Ini...... "
Sekiranya Anda :-
- sedang mencari pekerjaan- ingin meningkatkan kerjaya- ingin menukar kerjaya- mencari informasi pekerjaan- mencari informasi latihan- mencari informasi pinjaman- mencari informasi undang-undang- pekerja yang diberhentikan kerja (atau bakal diberhentikan, heheheeh)- Mencari peluang perniagaan- graduan yg mencari kerja- pelajar yg sedang sekolah ingin buat part time- pelajar tamat sekolah tp tak sambung study- pekerja yg sedang bekerja- golongan yg berhalangan fizikal/ perlu bantuan dan sokongan pihak berkuasa tertentu untuk dpt kerja :-+ Orang Kurang Upaya+ Warga Emas (Pesara)+ Wanita yang tak bekerja dan punya tanggungjawab keluarga+ Banduan dan bekas banduan (mcm ner banduan nak gi karnival??)+ Bekas penagih dadah+ Ibu tunggal
Rebutlah peluang
* Pendartaran 'On line' melalui talian terus Sistem Penjodohan Kerja (Job Clearing System)
* Temuduga terbuka bagi pelbagai jawatan (pentadbiran/pengurusan/perkeranian/ teknik/kemahiran/separa mahir/buruh/pekerja pengeluaran) yang bakal disediakan oleh majikan yg terlibat sepanjang karnival dijalankan
* Ceramah bimbingan Kerjaya* Peluang kerja keusahawanan* Panduan Tips Temuduga
Turut Disertai Oleh:-
-Majikan dari pelbagai sektor perindustrian, perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, perhotelan, pertanian, perikanan dan sebagainya.
-Agensi-agensi Kerajaan.
Temuduga Terbuka, Sila Bawa* Kad Pengenalan* Sijil-sijil Kelayakan* Sijil-sijil Kemahiran* Lesen Memandu* Gambar* Resume* Dokumen lain yg berkaitan.
Mlm tu aku mmg dah ready ngan resume, gambar, sijil sume..dtg je..sampai sane kol 2...tu pon follow member yg same tempat keje yg dok UM, sampai sane p mkn, then p tgk ape yg ade ..ala-ala cam career week kat uniten ni laa..tp ni besar-besaran sikit.....aku gak interview td....kul 5 aku balik, bile dah jd kebiasaan ..letih tahap dewa..huhu..tido jap......
bangun je dari tido , dah senje, terus p bukak tv ..kate SABTU ade shinchan & doremon...yeah..p tgk dulu ..kol 8 mandi solat...then kemas2 kertas , surat , pc
--------------------------------------------------------------------------------------------
jap lagi nak tido laa ni..besok ade weeding, sepupu aku kawin with Pahang player football
kak zian & Abg Shahril faizal